Sunday, 18 January 2015

RESDUNG


APA ITU RESDUNG


Istilah Perubatan Tradisional -
Orang lama sering menyatakan bahawa, kegatalan hidung adalah disebabkan oleh  ketidakselesaan yang berlaku dalam rongga hidung.
Bagi kebanyakan pengamal perubatan herba tradisional, ia lebih dikenali sebagai resdung.


DARI SUDUT ISTILAH SAINS ; 
·         Merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit. 
·         Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka. 
·         Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.
·         Mengapa kegatalan hidung dikenali sebagai resdung? 
·         Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. 
·         Salah satu punca gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. 

TANDA -TANDA ANDA PENGHIDAP RESDUNG  
·         Gatal-gatal
·         Hidung berhigus atau tersumbat, 
·         Sakit kepala terutama di dahi dan pipi
·         Kelumumur yang berterusan walaupun bermacam syampu dan ubat telah digunakan. 

RESDUNG DAN SINUSITUS
·         Istilah ini juga turut dikenalai didalam sains yang merujuk kepada penghidap resdung.
·         Penghidap kanak-kanak
·         Ia boleh sebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagian mata. 
·         KESAN KRONIK - Boleh menyebabkan buta.

ORANG  DEWASA
·         Boleh menyebabkan nanah daripada sinus frontal tidak dapat keluar daripada hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang dalam otak. 
·         KESAN KRONIK -  dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan boleh mengakibatkan sinus mudah tersumbat.

APAKAH SINUS ?
·         Sinus merupakan rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka. 
·         Rongga ini bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. 
·         Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.

RUANG SINUS
·         Tulang muka padat (solid) sebenarnya mengandungi ruang-ruang udara.
·         Ruang-ruang udara ini, menjalankan fungsinya bagi meringankan tulang-tulang kepala untuk dengungan (resonance) normal suara manusia.
·         Ruang-ruang sinus ini sebenarnya mempunyai pintu yang terbuka yang menghubungi ruang tersebut dengan hidung. 
·         Pintu-pintu perhubungan ini menyebabkan penyakit di hidung boleh masuk ke dalam sinus di mana ia sering keluar ke ruang hidung. 
·         Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir ini akan berkumpul seterusnya kumam (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini.
·         Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakkan didalam lapisan hidung. 

APA YANG TERDAPAT PADA SINUS YANG NORMAL
·         Pada sinus yang normal, terdapat ruang udara dan sedikit cecair yang sentiasa dihasilkan oleh dinding sinus.
·         Seperti dinding ruang hidung, ia sentiasa dibasahi bagi mengawal kelembapan (humidity)
yang terdapat dalam paru-paru mengikut kesesuaian paru-paru manusia.
·         Bagaimanapun, cecair ini tidak statik sentiasa mengalir keluar dari sinus melalui pintu dan terus ke hidung.
·         Dari hidung ia akan mengalir masuk ke belakang hidung terus masuk ke dalam tekak.
Kebanyakan penyakit sinus disebabkan oleh penyakit-penyakit hidung.



No comments:

Post a Comment